Friday, February 19, 2016

Jenis - jenis Jahitan Tangan

Di sini di berikan senarai jahitan yang sesuai digunakan untuk menjahit pakaian



0

Mata Jahitan Asas & Tunjuk Cara Menjahit

Selamat bertemu kembali dalam Jom Menjahit. Adakah anda sudah menguasai kegunaan-kegunaan alat-alat jahitan asas pada entri yang lalu? Syabas! Berikan anda satu penghargaan yang sesuai. Pada kali ini, kita akan maju ke hadapan dengan mempelajari mengenai mata jahitan asas. Pada asasnya, terdapat tujuh jahitan asas yang perlu anda kuasai. Dengan penguasaan tersebut, InsyaAllah anda mampu menjadi tukang jahit terbaik. Di entri ini, turut saya sediakan tunjuk cara berkaitan  ketujuh-tujuh mata jahitan asas yang perlu anda pelajari. Layan~(^_^)


1. Jahitan Kia
  • Jahitan kia digunakan untuk menjahit klim meretas.
  • Jahitan ini juga digunakan untuk memulakan dan mematikan jahitan tangan.
  • Jahitan ini kukuh, rapat, dan kelihatan seperti jahitan mesin.
  • Jahitan ini boleh digunakan sebagai pengganti jahitan mesin.
  • Berikut adalah langkah jahitan kia:
  • Mulakan jahitan dari kiri ke kanan.
  • Cucuk jarum pada A dan keluarkan  jarum pada B dengan jarak  1 mm hingga 2 mm.
  • Cucuk jarum sekali lagi pada A dan keluarkan pada B.
  • Cucuk jarum semula pada A dan keluarkan pada C dengan jarak 4 mm dari A.
  • Jahit sehingga siap.
  • Matikan jahitan dengan jahitan kia sebanyak dua kali.


2. Jelujur Halus
  • Jahitan jelujur halus digunakan untuk membaiki kelepet merentas.
  • Jahitan ini boleh menggantikan jahitan mesen.
  • Berikut adalah langkah jahitan jelujur halus:
  • Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri.
  • Jahit dengan halus dan sama jarak lebih kurang 3 mm hingga 5 mm seperti dalam rajah.
  • Jahit sehingga siap.
  • Matikan jahitan dengan jahitan kia.


3. Jahitan Sembat
  • Jahitan sembat biasanya digunakan untuk menetapkan kelepet.
  • Jahitan ini halus, rapat dan kukuh serta boleh dilihat dari sebelah luar pakaian.
  • Jahitan sembat juga biasanya digunakan untuk mengemaskan dan menjahit kelepet baju kurung.
  • Berikut adalah langkah jahitan sembat:
  • Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri.
  • Cucuk jarum pada A, keluarkan jarum pada B dengan mencondongkan jarum lebih kurang 30°.
  • Jahit sehingga siap.
  • Matikan jahitan dengan jahitan kia.


4. Jahitan Lilit Kemas
  • Digunakan untuk mengemaskan tepi fabrik.
  • Jahitan ini juga digunakan untuk menjahit butang katub, cangkuk dan palang.
  • Berikut adalah langkah jahitan lilit kemas:
  • Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kiri ke kanan.
  • Cucuk jarum dari sebelah dalam fabrik ke sebela luar fabrik dan tarik jarum ke arah penjahit.
  • Jahit sehingga siap – matikan dengan jahitan kia.


5. Jahitan Lubang Butang
  • Jahitan lubang butang digunakan untuk menjahit lubang butang, butang katub, cangkuk dan palang.
  • Berikut adalah langkah jahitan lubang butang:
  • Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kiri ke kanan.
  • Cucuk jarum menegak dari sebelah dalam fabrik ke sebelah luar fabrik.
  • Tarik benang dan susup di bawah jarum.
  • Jahit sehingga siap.
  • Matikan jahitan dengan jahitan kia.


6. Jahitan Silang Pangkah
  • Jahitan ini digunakan untuk menjahit kelepet, lapik, pita zip serta digunakan sebagai jahitan salaman.
  • Berikut adalah langkah jahitan silang pangkah:
  • Jahit dari kiri ke kanan.
  • Mulakan dengan jahitan kia.
  • Masukkan jarum pada A dan keluarkan pada B dengan jarak 1 mm.
  • Masukkan jarum kedalam lipatan pada C dan keluarkan pada D dengan jarak 1mm.
  • Matikan dengan jahitan kia.


7. Jahitan Insang Pari
  • Jahitan ini digunakan untik mengemis tepi fabrik dan sebagai jahitan perhiasan untuk menjahit motif.
  • Berikut adalah langkah jahitan insang pari:
  • Jahit dari kiri ke kanan.
  • Mulakan dengan beberapa jelujur halus menegak pada A.
  • Cucuk jarum menegak pada B dan halakan jarum ke arah penjahit.
  • Letak beneng di bawah hujung jarum dan tarik benang menghala ke arah penjahit.
  • Matikan jahitan dengan beberapa jelujur halus menegak di sebelah kanan mata jahitan insang pari yang akhir.

Jenis - jenis Mesin Jahit

Terdapat 4 jenis mesin jahit  iaitu:

    1.  Mesin Jahit Tangan
           Jarang di dapati sekarang kerana ini digunakan pada zaman dahulu. Digerakkan dengan  
            menggunakan putaran tangan.

    2.   Mesin Jahit Elektrik
          Banyak terdapat di pasaran kerana harganya murah berbanding mesin jahit elektronik
          Hanya menjahit jahitan lurus atau jahitan sulam



sumber :  You Tube










Langkah Menjahit Kelim Belah Kangkung

Berikut ialah langkah untuk menjahit kelim belah kangkung


Ciri - Ciri Kelim Belah Kangkung





Langkah membuat kelim belah kangkung






Contoh Jahitan Kelim Belah Kangkung













Langkah Menjahit Lisu Pemadan

Di bawah ini di nyatakan langkah menjahit Lisu Pemadan pada pakaian


PROSES MENJAHIT DALAM MEMBUAT PAKAIAN… Mac 11, 2010

PROSES MENJAHIT…

1.0 PENGHILANGAN GELEMBUNG
1.1.1 JENIS PENGHILANGAN GELEMBUNG
  • Lisu Pemadan
Lisu pemadan ialah sejenis  penghilangan gelembung yang penting untuk memberi bentuk kepada pakaian dan memberi keselesaan. Lisu dibentuk dengan menjahit dari bahagian yang lebar ke bahagian yang tirus, atau dari hujung yang tirus ke hujung yang tirus ( jika dibuat di bahagian pinggang blaus ). Lisu dibuat di garis leher, lubang lengan hadapan, rusuk blaus, di pinggang blaus, dan di pinggang skirt atau slek.
Ciri-ciri lisu pemadan ialah:
            a) bentuknya runcing
            b) lisu tidak bergulung
            c) lisu ditekan rata
            d) hujung jahitan dikemaskan di bahagian yang tirus
            e) tidak terdapat lubang di sebelah luar pakaian pada hujung yang tirus
            f) tidak ada alur di sebelah luar
Proses menyediakan lisu pemadan:
     1) Temukan sebelah luar fabrik dan sematkan di garisan pemadan. Jahit mesin lisu pemadan dari bahagian yang lebar ke bahagian yang tirus.
     2) Matikan mata jahitan mesin di hujung yang tirus dengan jahitan DUA KALI sepanjang 1.5cm. Tekan lisu pemadam di rusuk menghala ke bawah.
     3) Lisu pemadan di pinggang ditekan menghala ke garisan tengah.
     4) Lisu pemadan yang dijahit di fabrik tebal, ditekan supaya terbahagi dua; atau digunting di tengah dan dikemas dengan jahitan insang pari.
  • Kedut Lepas
Kedut lepas ialah sejenis penghilangan gelembung bagi memudahkan pergerakan. Kedut lepas digunakan juga sebagai perhiasan. Kedut lepas sesuai untuk fabrik lembut dan halus. Kedut lepas memerlukan fabrik sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada ukuran yang siap. Kedut lepas sangat elok tergantung jika dibuat mengikut ira lurus fabrik.
Ciri-ciri kedut lepas:
           a) Kedut dibahagikan sama rata keseluruhannya.
           b) Lipatan kedut sama halus pada keseluruhannya.
           c) Kedut lepas mengikut ira lurus.
           d) Fabrik tergantung dengan elok.
Proses menyediakan Kedut lepas:
       1) Tandakan garisan pemadan.
       2) Jahit satu baris di atas dan satu baris di bawah garisan pemadan dengan jarak mata jahitan yang sama.
       3) Tarik benang dari kedua-dua baris jahitan, di kedua-dua hujung. Tentukan ukuran yang dikehendaki dan sama ratakan kesemua kedutnya. Sambungkan bahagian berkedut ke bahagian pakaian sebagaimana yang dikehendaki.
Contoh kedut lepas pada bahagian pakaian:
1. Kedut lepas di lengan yang disambung dengan kuf/manset.
2. Kedut lepas di hujung lengan.
3. Kedut lepas di bahu mendatang dan pinggang blaus.
4. Kedut lepas di garis pinggang dan punggung skirt.
  • Lisu Beriring, Lisu Bertentang, Lisu terbalik

  • Kedut Berjalur

  • Lisu Perhiasan

  • Smoking

2.0 KELIM
2.1.1 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PENGGUNAAN KELIM
1. Jenis fabrik
2. Kedudukan
3. Fesyen pakaian
4. Jenis pakaian
2.1.1 JENIS-JENIS KELIM
  •  Kelim belah kangkung
Kelim belah kangkung adalah cantuman dua keping fabrik yang dijahit dengan sebaris mata jahitan. Kelim ini mudah dibuat dan sesuai untuk semua jenis fabrik kecuali fabrik nipis. Kelim ini sesuai digunakan untuk pakaian, artikel, dan kain kelengkapan rumah tangga. Lebar kelim yang siap lebih kurang 2.5 cm.
Ciri-ciri kelim belah kangkung:
          a) Lebar kedua-dua basi kelim sama.
          b) Kelim rata dan terbuka
          c) Mata jahitan tidak kelihatan di sebelah luar.
          d) Tidak beralur di sebelah luar
Proses menyediakan kelim belah kangkung:
           1. Temukan sebelah luar fabrik dan sematkan di garisan pemadan.
           2. Jika perlu, jahit dengan jahitan jelujur di garisan pemadan.
           3. Jahit dengan jahitan mesin di garisan pemadan.
           4. Tekan kelim supaya terbuka dengan rata.
Kaedah mengemaskan kelim belah kangkung dengan jahitan mesin:
            1. Lipat tepi setiap basi kelim supaya lebarnya 1.2 cm.
            2. Jahit mesin di tepi lipatan. Trim basi jahitan.
            3. Tekan kelim supaya terbuka dengan rata.
  •  Kelim betawi
Kelim betawi mempunyai dua baris jahitan, sesuai digunakan pada fabrik nipis kerana kelim ini kukuh.
Ciri-ciri Kelim Betawi:

Pengenalan Alatan menjahit

Salam perkenalan.   

(Blog ini dibangunkan untuk latihan asas membina blog sahaja......)


  Mungkin semua orang boleh menjahit, semua orang boleh membuat baju, jubah dan sebagainya. Tetapi untuk menjadi seorang tukang jahit yang baik, kita perlu ada serba sedikit pengetahuan tentang alatan dan bahan yang digunakan untuk kerja menjahit

Di bawah ialah rakaman menjukkan jenis-jenis alatan menjahit.




sumber: you tube.com


Maklumat lebih lanjut boleh kunjungi http://kursusjahityogya.blogspot.my/2015/08/alts.html




Image result for alatan menjahit dan fungsinya